whenMyHEaRtSpeAk
assalaimualaikum.
*aku seorang student nurse*
*dikenali yu or yuyu*
*the real name is NURUL HASANAH OTHMAN (cahaya kebaikan)*



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: si awek naruto

-mata LELAKI-
Sunday, 20 May 2012 | 03:04 | 0 comments
malam pasangannya siang,
jaga pasangannya tidur,
rajin pasangannya malas,
dan lelaki pasangannya perempuan.

kerana perempuan adalah
pasangan  kepada lelaki,
maka ALLAH telah menciptakan bentuk
badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

bila berkata tentang terpikat,
maka ia berhubungkait dengan nafsu,
jika ia ada berhubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan
bisikan syaitan.

jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
untuk mendapatkan iman,
mestilah menurut perintah
ALLAH dan RASULNYA dan menjauhi
laranganNYA.

pada mata lelaki,
perempuan ini adalah SIMBOL.
simbol apa,semua orang tahu.
orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal
jika tidak dikawal oleh iman.
maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

setiap bentuk badan seseorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang
lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal
nafsu.
apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara yang pertama
yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita
berkenaan.

oleh kerana itulah  wanita wajib
menutup rambutnya.
apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah
melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup
lehernya.
maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya
maka wanita itu berkewajipanlah
menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan
tudungnya.

setelah itu mata lelaki akan
turun lagi untuk melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula
akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu
membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu
memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat
bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu
akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana
terus terang pihak lelaki bercakap,
walau
muslimah itu bertudung labuh,berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu lelaki akan terusik secara spontan,
entah tak tahu kenapa??

mata lelaki ni nakal,
setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan terlihatlah pula akan mata
lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan
melabuhkan kain atau memakai stokin yang warnanya
jangan sekali berwarna kulit perempuan
maka lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangannya
yang indah pada pandangan lelaki.

maka wahai lelaki
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika
kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
jika wanita itu cukup soleh
takut mukanya yang
cantik menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
 penyakit,iaitu penyakit mata.

lelaki itu akan tertangkap dengan
spontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya
terang-terangan sangat.
jika hendak pakai pun,
pakailah untuk suami.

itulah wahai semua muslimah,
jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita dah selesai,
perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri
masing-masing,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang-kurangnya tiga orang wanita
agar tidak di ganggu gangguan luar,
mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat.
insyaALLAH selamat dunia akhirat.

seperti firman ALLAH,"dan
tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

ingat-ingatkanlah wahai muslimin
muslimah sekalian,
sekilau-kilau berlian paling menarik
untuk dicuri....
seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.


Old things | New things