whenMyHEaRtSpeAk
assalaimualaikum.
*aku seorang student nurse*
*dikenali yu or yuyu*
*the real name is NURUL HASANAH OTHMAN (cahaya kebaikan)*



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: si awek naruto

rubik cube
Friday 22 March 2013 | 03:14 | 0 comments
Assalamualaikum.just want to share this.
Finally i can solve this by myself.even it took 2weeks for remember Formula but finally dengan bangga ye aku dapat jugak settle kan.rubic cube.look from My eye it very easy but when i try to do waahh so complicated N tough.so i try again again n again finally i can Do it by myself dengan izin Allah.


          Cantik tak !~~


salam maulidur rasul
Thursday 24 January 2013 | 19:25 | 0 comments
assalaimualaikum everybedy
huhu
aduh dah lama xbeleber kat sini.
sangat buzy sekarang.
ops lupa
salam maulidur rasul kepada nabi MUHAMMAD S.A.W
12rabiulawal tahun gajah adalah tarikh keramat yang wajib semua umat islam
ingati tarikh nie.
kerana pengorbanan seorang RASUL bernama MUHAMMAD tidak terhingga

YA RASULULLAH andai sahaja ENGKAU masih hidup tentu dunia ini aman
YA RASULULLAH andai sahaja ENGKAU masih hidup tentu ISLAM tegak dimuka dunia
YA RASULALLAH andai sahaja ENGKAU masih hidup pasti maruah orang miskin terbela

YA RASULULLAH meskipun aku bukan umat terbaik mu 
tapi aku berharap di padang mashyar ENGKAU akan memberi syafaat kepada aku

YA RASULULLAH meskipun aku bukan umat terbaik mu
tapi aku berharap di AKHIRAT kita akan bertemu

YA RASULULLAH meskipun aku bukan umat terbaik mu
tapi aku berharap mati sebagai umat mu

YA RASULULLAH meskipun aku bukan umat terbaik mu
tapi aku ingin sekali melihat wajah mu

YA RASULULLAH meskipun aku bukan umat terbaik mu
tapi aku ingin berada di syurga bersama MU

kerana ENGKAU kekasih ALLAH S.W.T
kerana ENGKAU PEMIMPIN KAMI
kerana ENGKAU RASUL KAMI
kerana ENGKAU PENYABAR
kerana ENGKAU ISLAM MASIH ada diatas muka bumi

tanpa ENGKAU siapalah kami
tanpa ENGKAU tiada agama bagi kami
tanpa ENGKAU tiada yang jadi pembimbing kami

YA MUHAMMAD YA RASULULLAH 
semoga kita bertemu di akhirat kelak.
INSYAALLAH.

selawat keatas kepada nabi dan rasul


I LOVE MUHAMMAD


#semoga aku mampu berubah kejalan mu
 

 


senior itu akulah!!
Saturday 12 January 2013 | 04:36 | 0 comments
salam semua
wahh agak berbulan lama ye aku xmengupdate blog ni
hehehehe
alaahh baru dalam 2 bulan..
so masih belom terlambat aku nak ucapkan
HAPPY NEW YEAR
dan selamat masuk alam dewasa yu!
now your age is 21years old..
oh my GOD.
21years old i still live and can do everthing what i like
ALHAMDULILLAH.
opppss forget to tell your all
now i m senior
no more blue pit
on my shoulder i wear red pit.
that mean i just have only 1 year 
before graduate
waaaaa so scared.
in my mind i think nothing
zero..ZEROOO.
crazy right.
in 1 year i will become staff nurse
and everything i learned,studied practiced 
just gone when time just pass and go.
just like touch n go plak..
haha
so when become a senior 
automatically this semester very tough
assignment.assignment and assignment.
stressss...
that all for this time.
i cant spent time to much for update blog.
adiiossa.
salam
keep smile even have bad day.
hehe.that me



puisi untuk rakyat kelate
Tuesday 4 December 2012 | 04:06 | 0 comments
 puisi untuk rakyat klate.."Seperti Apa Kelantan Itu"..dari Meyda Sefira

pertama kali khabar itu datang
khabar undangan dari negeri nun jauh diseberang sana
seb...
uah negeri bernama Kelantan

kelantan???
surat itu menjadi pertanyaan besar
pertanyaan besar melingkupi ruang fikir ku
pertanyaan besar yang meriputi waktu ku
seperti apa negeri kelantan itu..
seperti apa masyarakat nya..
seperti apa budaya nya..

dan waktu pun terus berganjak
hingga waktu tu pun tiba
aku menjejakkan kaki di negeri baru
di negeri yang masih misteri di dalam pemikiran ku
sedikit demi sedikit coba aku selami
sedikit demi sedikit coba aku jawab pertanyaan yang berkecamuk di pemikiran ku

oh..ini kelantan
sebuah negeri yang cantik
yang cantik di dahannya dari kulit luarnya
namun cantik yang sesungguhnya

kenapa aku bisa berkata seperti itu
kerana di sini aku temui lagi kebingungan ilmu yang akan terus menambah wawasan ku
di sini aku temui budaya mengagumkan
budaya yang menjunjung tinggi nilai-nilai keislaman
budaya Islam sebagai landasan pemerintahannya
budaya Islam sebagai roh masyarakatnya

dan disini juga aku bertemu dengan wanita-wanita yang tangguh
wanita-wanita yang ikhlas menjalankan pramis sebagai ibu
pramis sebagai madrasah ilmu pertama untuk anak-anaknya, untuk buah hatinya, untuk pejuang-pejuang Allah

ya Allah
sujud syukur ku untuk Engkau
kerana Engkau telah hadirkan aku di negeri ini
di negeri yang InsyaAllah penuh berkat Mu
di negeri yang penuh ulamak-ulamakMu
di negeri pemimpin yang tawadduk
di negeri di mana umat mu saling mencintai sesamanya kerana Engkau ya Allah

ya Allah
berkahilah perjalanan ku ini
ya Allah limpahi lah masyarakat
limpahi lah pemimpin negeri kelantan
limpahi ulamak-ulamaknya dengan petunjuk Mu, dengan rahmat Mu, dengan nikmat Mu dan dengan perlindugan Mu....

amin.amin..amin..ya Rabbal alamin..

lelaki seperti ini
| 04:05 | 0 comments
Hawa : Kenapa Abang Buat Baju Pengantin Macam Baju Kurung..?

Adam : Kenapa..? Sayang Nak Baju Pengantin Macam Mana..?

Hawa : Biasanyakan Baju Pengantin Banyak Labuci , Warna-Warni..Cantik..
...
Lagipun Perkhawinan Hanya Sekali...~ Apa Salahnya ?

Adam : Awak Nak Baju Pengantin Yang Menampakkan Susuk Tubuh Tuh ? Awak Tahukan Menampakkan Susuk Tubuh Itu Umpama Membuka Aurat ? ..( Tersenyum)
Lagipun..Sebab Berkhawin Sekali Seumur Hiduplah Kita Kene Buat Majlis Ini Penuh Kerahmatan Dan Keredaan Allah...Kalau Allah Redha..In Shaa Allah..Allah Akan Berkati Perjalanan Rumah Tangga Kita..Tak Gitu Wahai Bakal Bidadari Syurga-Ku ~?

Hawa : *Tersenyum* ...Dalam Hati Memuji Suami Tak berhenti-Henti ♥
  
mulakan dengan lafaz bismillah.assalaimualaikum.
   wah romantik kan ayat adam.
jarang jupa lelaki yang akan cakap macam ini.
bagi aku kalau ada lelaki yang cakap macam ini lebih buat aku cair bak coklat
berbanding bila dia cakap i love you sebelum nikah.
  
ya ALLAH aku berharap aku akan bertemu dengan lelaki sebegini rupa.
yang mengingat aku ketika aku lupa pada mu.
yang menambahkan rasa cinta aku kepada MU dan RASULMU.
yang mengejutkan aku disetiap malam ketika manusia tengah lena tidur untuk tahajud kepada MU.
yang mengiimankan aku setiap kali bersolat kerana MU.
berkahwin dengan aku kerana ingin mengikut sunnah KEKASIHMU bukan kerana nafsu.
yang akan menemani aku sepanjang hidup aku dikala sihat atau sakit hingga nyawa aku di cabut.
ya ALLAH aku selalu berdoa kepada mu agar bertemu jodoh yang baik dari aku
beriman dan tinggi ilmu agama nya agar dia mampu mengubah aku.
agar dia mampu mencorak aku agar menjadi isteri solehah.
yang akan menemani aku di syurga MU kelak.
 mampu mendidik dan mengajar bakal anak-anak kami kelak mengikut ajaran MU.
mencari harta yang halal untuk kami sekeluarga.
suka memberi dari meminta dari orang.
yang akan berjihad bilaman diperlukan.
 
amin.
YA ALLAH semoga engkau makbulkan doa hambamu ini ketika aku bersujud.
YA ALLAH berikanlah peluang kepada aku supaya menjadi wanita solehah yang bakal menjadi penghuni syurga mu.
YA ALLAH jadikanlah aku hambamu yang selalu bersujud ditengah malam kerana MU dan bersyukur atas segala nikmat yang engkau kurniakan.
 

#Nak Jumpa Dalam Realiti ..Err ..." Usaha Tangga Kejayaan ! " ^^
In Shaa Allah...Lelaki Sebegini Masih Wujud 

life story about nurse
Sunday 2 December 2012 | 03:54 | 0 comments
assalaimualaikum.
hari ini 2/12/2012 bersamaan hari lahir aku 
yang ke2o tahun
syukur aku masih mampu bernafas lagi amin.
dan yang paling best aku raikan bersama golongan yang kurang upaya
atau nama singkatannya OKU
ehh macam mane pulak aku boleh tersesat nak raikan bersama insan oku nie??
ceritanya mudah je
gara2 attachment laa
junior aku dah berambus dari sini 
tapi
tak mengapa
best jugak posting kat situ
cikgu2 mereka baik2,
sporting,mesra,cantik pulak tuh
ciap belanja kitaorang makan lagi

kami di tugaskan di PDK gunong
dimana area nye terletak dengan gunong
hehe
aku gurau je
actually aku pom tak taw kat mana 

yabf best nye makanan kat situ semua2 best2
plus murah2
syookkk kan tinggal kat kelantan
save our money..rite??

hari ini hari pertama kitaorang di PDK
kitaorang kena posting dekat sana selama 1 minggu
sampai saja kat sana cikgu dorang dah tunggu
masuk  saje tempat tu ada nampak seorang budak tuh
comey sangat mahu salam dengan kitaorang
so sweet kan mak bapak dia ajar anak dia wat macam2.
gudboy mesra alam betol budak tu

so aktiviti pertama kita orang buat ialah
menari dipagi hari
kalau korang nak tahu budak2 PDK sangat suka menari
dorang pandai menari poco2,
yang paling menarik pandai menari oppa gangnam style
haha
see very interestingkan 
aku suka sangat tengok dorang nie
hidup dia orang hepi kan even tak sempurna
mereka adalah orang2 yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH s.w.t
lepas menari time untuk study laa
kesian aku tengok dorang
dah besar still tak tahu umur berapa
still tak tahu nak menulis
baru belajar tulis no 1,2,3,4
dan tak tahu berapa umur mereka
ada tuh aku tanya seorang kakak(tua dari aku)
aku:umur berapa?
kakak:umur 50tahun..
aku:ayah berapa umur?
kakak:doktor tanya lah cikgu.
 (dorang ingat kitaorang doktor)
bila aku tanya cikgu dia umur dia baru saje 30tahun
very pityful 
ada aku tanya nama pom tak tahu
yang lawak nya ada yang tanya
aku "dr dari mane"
haha
aku nak gelak tapi tahan aje
ada dah umur 26 tahun tapi baru pandai menulis 1,2,3
aku tak tipu 
yang sorang tu suka sangat panggil aku kakak2
suka mesra2 dengan aku
dia jeles bila aku baik dengan yang lain
haha
rupa nya dia suka berkawan dengan orang perempuan saje
 dari lelaki
dan selalu ajak pergi rumah dia

ada seorang adik tu dia normal tapi cacat fizikal
kaki dia pendek dan terpaksa duduk atas kerusi roda
orangnya ramah
manis ada lengsung pipit lagi
orang panggil dia abe aje umur 18 tapi
macam baru darjah lima
bila kau tengok mereka buat aku
merasa bersyukur dengan apa yang ALLAH ciptakan seadanya
adik dia yang bongsu pom same..
mengalami nasib yang sama

selama ini aku sering merasa rendah diri
rasa diri tak cantik
rasa macam orang bodoh
sebab zaman sekolah dulu aku selalu kena kutuk

aku pernah kena kutuk
"muka hudoh je tak payah bajet lawa lah"
ayat yang selalu aku dengar 
pernah ada orang panggil aku F---- S-----
see
dorang bandingkan aku dengan retis kot nak bagi
aku sedar aku dengan retis
bagai langit dan bumi
sampai sekarang still ada lagi orang panggil aku macam tu
dan pernah dorang cakap 
"yang nie muka hudoh nie mu xnak ke"

that why la bila aku berhadapan dengan lelaki
even dah besar panjang
aku malu
aku takut orang akan mengutuk aku
aku takut orang kan melihat kejelikan aku
 tapi bila aku bersama orang kurang upaya
buat aku fikir balik

ALLAH ciptakan aku sesempurnanya
ALLAH berikan aku akal untuk memikirkan kekuasaannya
ALLAH berikan aku kecantikan yang orang lain tiada

sekarang aku merasa aku bertuah kerana dilahirkan cukup sifat
dilahirkan dengan sempurna tubuh badan
dilahirkan dengan tanpa cacat dan cela
 biarlah sekarang orang mengata aku 
dan aku tak kisah dah
 i now not longer teenager 
but young adult
will married someday

so conclusion nye 
dunt hear what people say about you
 because ALLAH know best for you
and remember only ALLAH know the true who you are.

#p/s:betolkan orang cakap tengok orang yang banyak kekurangan dari 
kita akan buat kita sedar dan bersyukur dengan apa yang kita ada.


kisah hidup nurse
Saturday 1 December 2012 | 01:16 | 0 comments
assalaimualaikum semua
dan selamat petang

rasa nya kan dah lama sangat tak update blog nie
bukan apa
tangan nie nak saje update
tapi
masa sangat mencemburui aku
sekarang aku dah tamat praktikal
dah tamat hidup sebagai senior sem 4
dah tamat pakai bip warna blue
(lepas nie kaler merah mengaum laa)
tak sangka kan sekejap aje masa berlalu
aku terasa baru semalam aku masuk jadi  stn nurse
 dan tahun depan aku dah habis belajar
arrrrggghhhhh
tak percaya nyer
 dan sepanjang aku jadi stn nurse ini banyak sangat
cerita yang nak aku share kan
treeennggg22....

masa aku posting kat medical puteri(wad perempuan)
kat situ ada seorang makcik tu
dah tua plus nyanyuk
tapi kecian 
dah lame sangat dia admit wad hampir dekat
3minggu laa jugak but 
I never saw a family her comes from interval between visits
TIADA 
kesian sangat2 
sampaikan satu hari tu dia mengamuk mahu balik
 doktor hampir kena teranjang
aku di ludah air luir
staff nurse kena cubit sampai berdarah
 but nevermind
orang tengah sedih kan
then
keesokan harinya aku datang bekerja
nak bagi ubat nie aku takot jugak kalau2 dia mengamuk
tapi dia dah okey
ciap cakap aku nie cucu dia lagi
"mu nie anak pak seman ke?cucu aku dok?
hahaha aku nak tergelak pom ada sedih pom ad
see
dia sangat merindui anak2 n cucu dia
#seorang ibu mampu jaga 10 anak tapi
10 anak belum tentu sanggup jaga seorang ibu.
sekarang aku tak tahu macam mane keadaan dia.

aku pernah terdengar ada seorang anak dari patient yang lain laa
"takpe meksi boleh jage kan
nanti2 kami free xder kerja kami datanglah"
 ayat yang selalu aku dengar!
kadang2 aku merasakan tanggungjawab seorang anak dah
diberikan sepenuhnya kepada kami.

dan nie perbezaan orang muda dan orang tua
aiishhhh aku paling bengang kalau cuci luka orang muda
kenapa???
kalau aku cuci luka orang tua
dia kalau sakit pom xder la menjerit2 
kalau orang muda nie
mak oiii 
geram
tapi ada kisah yang lawak jugak laa
mat indon nie admit wad sebab apa tah tapi luka kat tangan sikit aje
time nak cuci mesti dia tutup mata
dr amik darah pom takot
aku takot jugak tapi xder laa sampai macam tuh
ciap kalau mahu cuci luka kena inject dulu im pethedine
wehh pethedine bukan ye tramal
ubat tahan sakit paling kuat pethedine laa
kelakar kan
so aku pom selalu jugak laah kenakan mamat nie
bak kata dr yam(chinese)
"enjoy your life when your dressing him"
pak cik tua tuh diebetes wound dia bapak besor
bagi im pethedine jugak
ye lah wound nampak muscle,tendon
sakit kot
tapi dia still cool even kadang2 mimik muka menggambarkan dia tengah sakit
so mam aku respect laa orang tua nie
gagah
hahahaha
tapi so far aku xderlah pernah kena jerkah dengan patient lagi
kawan2 aku dah merasai nye
pernah juga aku time aku dressing seorang mamat tuh 
kes accident langgar di cina mabuk
mase aku dressing dia
dia asyik cakap
"sakit lah"
that true he is in feeling sick but
can't we change the word "sick" to zikirullah
bila aku cakap macam nie mesti orang akan cakap
"ko boleh laa cakap macam nie bukan ko yang merasa"
yeah memang aku tak rasa benda nie
tapi kadang2 aku terfikirkan
saudara kita yang dekat palestin tuh
terutama childs 
kena serpihan bom,
ditembak,
lagi besar luka dia
lagi sakit
meraung bila di dressing
di bedah 
tanpa gunakan ubatan analgesik(tahan sakit)
lagi kesian
so kita patut bersyukur 
walaupun sakit tapi
kita masih boleh kurangkan rasa sakit dengan ubatan
tapi diorang disana kurangkan rasa sakit dengan sebut
"ya ALLAH,ya rahman"
"astaqfirullah al azim"
#ersyukur kerana kita masih ada deria sakit
bermakna sensori sakit kita masih berfungsi.

cerita ini masa aku posting di wad surgical men wad 30
cerita bagi aku sedih sangat
si suami nie panas baran,kuat cemburu
kesian kat mak cik tuh
dah berhari menjaga pak cik tu
dengan setia nye tidur beralaskan tikar,
tidur beralaskan tangan aje
sakit tidur atas simen
dah laa dah tua
tapi disebabkan mak cik tuh selepas sembahyang subuh 
dia tertido di
surau yang disediakan
pak cik tu marah
sampai hendak pukul dengan tongkat
 mahu dilempar dengar botol spirit yang ada air lagi
kerana dia fikir isterinya curang
masyaALLAH
kecian sangat sampai mak cik tu menangis2 dekat aku
 sampai macam tu sekali suami mak cik tu tuduh
aku pom terasa mahu menangis sebab mak cik tu baru aje
sembuh dari demam sebab jaga suami dia tapi
macam tu cara suami dia layan dia
mak cik tu pom ada cerita kat rumah selalu jugak kena pukul
"sebab laki mak cik kuat cemburu"
dengan anak sendiri pom cemburu
tetiba aku rasa takut sangat nak berkahwin
entahlah
tapi seriously kesian kan
tu lah nasib wanita kalau dapat suami macam nie
so aku berharap agar dapt lelaki yang mampu pimpim aku
menjadi imanku,
setia dengan aku,
dia faham aku dan aku faham dia,
#hope.aku tak suka lelaki kuat jeles dan tinggi ego nya

dan cerita nie buat aku selalu ingatkan mati
kenapa??
semalam sebelum balik kerja elok molek  mak cik tuh
then datang aje pagi2
ada member aku nak kejutkan mahu sponging
xder respon
anak dia ciap cakap mak baru saje tidur tuh
okey dr laku kan cpr banyak cycle jugak
tapi beeeeppp
dah mati sewaktu tidur
diagnosis nye myocardial infarction.
kita ini milik allah
kepada dia jugalah kita dikembalikan
hidup mati kita
kaya miskin kita
iman tinggi atau rendah
cantik atau huduh
kita tetap MATI
mati itu satu kepastian 
"orang yang paling cerdik adalah
orang yang mengingati mati"
biar pom korang jadi doctor,
engineer,
pilot,
what ever lah
bodoh kalau tak ingat mati.
#yang pergi takkan kembali lagi.

..sekian..

selamat membaca
adiooosssaa
assalaimualaikum


 

 


Old things